a) i) Melawat - Ali melawat ibunya yang sedang sakit di hospital setelah tamat sesi persekolahannya pada hari itu. Merawat - Doktor Jay bersungguh-sungguh merawat pesakit itu walaupun kebarangkalian untuk pesakit itu sembuh sangat rendah. ii) Mengewap - Sebelum rawatan tersebut dijalankan, seorang jururawat telah mengewap muka Ina supaya rawatan itu lebih mudah dijalankan. Menguap - Laila menguap beberapa kali ketika mendengar ceramah itu kerana dia keletihan. iii) Mengelar - "Mungkin seseorang telah mengelar haiwan tersebut sehingga mati", kata Leman kepada Pak Samad. Menyelar - Fara sering menyelar penduduk kampung yang membuat salah sehingga menyebabkan dia dibenci oleh orang kampung. b) i) Kami telah melaksanakan tugas mengemaskini maklumat carta organisasi Persatuan Bahasa Melayu pada petang semalam. ...