JAWAPAN : Latihan Tatabahasa & Istilah
1. “Apakah menu yang dihidangkan oleh tukang masak di hotel itu?” tanya para peserta pertandingan memasak yang dianjurkan oleh hotel tersebut.
2. Bapa saudaranya memperoleh pendapatan yang agak lumayan hasil jualan pisang goreng yang dia masak.
3. Biarpun wajah kedua-dua pemuda itu agak sepadan, tetapi perangai pemuda bertubuh gempal itu lebih baik daripada seorang pemuda lagi.
4. Seorang pegawai tinggi syarikat itu telah didakwa ke mahkamah di atas tuduhan menggelapkan wang syarikat tersebut.
5. Azmir tidak melepaskan peluang untuk menyertai pertandingan menjelajah ke seluruh negeri Melaka yang dianjurkan syarikat itu.
6. Beribu-ribu ayam ternakan dihapuskan oleh kerajaan Maxico akibat sindrom selsema burung yang menyerang di beberapa buah daerah di negara itu.
7. Semua mangsa tsunami dipindahkan oleh kami ke pusat penempatan sementara sebaik menerima arahan daripada pihak berkuasa.
8. Buku-buku Syarikat Maju Jaya paling laris jualannya kerana penulis-penulis di syarikat tersebut begitu mengutamakan kualiti.
9. Setelah meneliti semua syarat yang ditetapkan di dalam surat perjanjian oleh peguam, akhirnya Muzammil bersetuju untuk menandatangani surat perjanjian tersebut.
10. Buku itu telah saya hantar kepada penerimanya semalam mengikut alamat yang tercatat pada bungkusan buku tersebut.
11. Sebelum mesyuarat pada hari itu berakhir, pengerusi mesyuarat telah meminta pandangan ahli yang hadir untuk membincangkan hal-hal lain dan seterusnya menangguhkan mesyuarat tersebut.
12. Pada hari ini, masalah pengambilan dadah dalam kalangan remaja semakin membimbangkan dan jalan penyelesaian perlu segera diambil.
13. Pada masa ini, bangunan-bangunan lama di kawasan bandar yang sudah rosak akan dibaik pulih bagi menarik kehadiran pelancong ke negara kita.
14. Pemilik kilang yang masih berdegil kerana melepaskan sisa toksik ke dalam sungai akan disenarai hitam supaya menjadi teladan kepada pekilang yang lain.
15. Remaja yang menunggang motosikal di lebuh raya itu saling memotong tanpa memikirkan tahap keselamatan diri mereka sendiri.
16. Ayah sangat menggemari makanan yang dimasak oleh ibu terutamanya ayam goreng yang disaluti tepung itu.
17. Berdasarkan daripada maklumat yang diberi oleh orang awam, akhirnya penjenayah berbahaya itu berjaya diberkas dan didakwa di muka perbicaraan.
18. Peminat bola sepak itu sedang berbincang tentang corak permainan yang ditunjukkan oleh kedua-dua buah pasukan bola sepak dari luar negara.
19. Mereka yang hadir ke majlis makan malam perdana pada malam itu dihiburkan dengan gesekan biola seorang ahli muzik tanah air yang amat terkenal.
20. Pihak polis di negara tersebut sedang giat memburu segerombolan penjenayah yang dipercayai masih di ibu negara berkenaan.
21. Seorang daripada peserta lumba kereta itu telah menarik diri daripada pertandingan kerana dua buah tayar kereta yang dipandunya meletup.
22. Setiap pagi hari minggu, ibu akan mengejutkan kami daripada tidur dan mengajak kami berjoging di taman yang berhampiran.
23. Pekerja di kilang menjahit songket itu memberi taklimat kepada kami tentang perjalanan kilang tersebut sebaik sahaja kami sampai ke situ.
24. Mereka menempuh pelbagai cabaran sejak ketua keluarga itu tidak bekerja kerana terlibat dalam kemalangan.
25. Kami amat terkejut apabila mendapat tahu bahawa ada seekor lembu mati kerana digilis kereta api di kawasan landasan itu.
26. Terdapat beribu-ribu ekor rusa telah diternak di kawasan ternakan Pulau Kerdas.
27. Pekerja yang mengambil cuti itu menurunkan tandatangan pada borang di atas meja tersebut sebelum menyerahkan borang itu kepada pengurusnya.
28. Ibu menghadiahi kakak sebuah telefon bimbit kerana mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.
29. Sesetengah penonton yang tidak berpuas hati telah membaling objek seperti botol apabila para pemain gagal menjaringkan gol.
30. Penyelidik di hospital itu telah mengemukakan sebuah pendapat dalam membendung wabak selsema burung daripada meluas kepada orang ramai.
31. Dimaklumkan bahawa peragaan pakaian ini akan dirasmikan oleh seorang tokoh perniagaan yang terkenal.
32. Rakyat Malaysia perlu berusaha mengekalkan kemerdekaan negara dari semasa ke semasa agar tanah air yang tercinta ini tidak akan dijajah lagi.
33. Rakyat diseru membeli barangan tempatan untuk mengurangkan pertukaran wang ke luar negara.
34. Anggota pasukan keselamatan itu sanggup bertaruh nyawa demi mempertahankan tanah air kita daripada ancaman musuh.
35. Kebanyakan peserta yang menyertai acara lumba basikal itu terpaksa melalui jalan yang bersimpang-siur sebelum tiba ke garisan penamat.
36. Para peserta yang menyertai pertandingan memasak tersebut akan disediakan dengan beberapa jenis bahan masakan di ruang masakan itu.
37. Perdana Menteri menggesa pemaju-pemaju perumahan agar mempercepatkan kerja-kerja pembinaan rumah kos rendah yang sedang terbengkalai.
38. Menurut Badan Pencegah Rasuah, kegagalan perumahan itu adalah disebabkan oleh kelemahan pengurusan syarikat terbabit.
39. Nama jolokan artis yang terkenal itu ialah Mawi.
40. Walaupun Rajagopal cuba untuk menyembunyikan perbuatan jenayah yang dilakukan, namun perbuatan jahatnya itu terbongkar juga.
41. Bagi mengatasi masalah pencemaran alam sekitar, pihak berkuasa perlu memberi pendidikan yang sewajarnya kepada orang ramai.
42. Tapak sirih yang dibawa oleh rombongan pengantin lelaki itu telah diserahkan kepada pihak pengantin perempuan.
43. Pengetua telah mengesahkan bahawa salinan sijil yang pemuda itu tunjukkan adalah benar selepas melihat sijil asal yang dikemukakan.
44. Jabatan Perhilitan akan menjalankan penyiasatan untuk mendapatkan maklumat tentang kepupusan beberapa jenis burung di negara kita dalam tempoh satu tahun setengah.
45. Para budayawan mestilah memerah minda untuk sama-sama berfikir dan mencari jalan untuk memulih masalah pendidikan di negara kita.
46. Jika surat itu hendak dikirim nanti, anda hendaklah menggunakan khidmat pos laju.
47. Hal ini demikian kerana cara ini lebih selamat dan mereka dapat menyiapkan tugasan itu dalam tempoh yang singkat.
48. Sehubungan dengan itu, beliau meminta ibu bapa dan pelajar terlibat supaya bersabar menunggu keputusan yang bakal diumumkan pada minggu hadapan.
49. Tumpuan kini ialah kearah mempertingkatkan kemahiran dan keterampilan pekerja dari semasa ke semasa hingga mencecah satu tahap yang dikehendaki.
50. Kerajaan menyarankan agar pengilang dan pengusaha Malaysia sentiasa menjalankan penyelidikan dan menggunakan teknologi terkini untuk mempertingkatkan mutu barangan keluaran mereka.
Comments
Post a Comment