BINA AYAT

  1. Anani – Fasha kurang digemari rakan sekelasnya kerana dia anani.
  2. Bintat - Bintat pada kulit biasanya akan sembuh setelah beberapa hari.
  3. Cengil – Walaupun Cikgu Akma seorang yang cengil, dia tetap disayangi anak muridnya.
  4. Dampit – Ibu pening kepala apabila melihat telatah anaknya yang dampit itu.
  5. Ekstradisi – Perjanjian ekstradisi sewajarnya dijalankan di semua negara.
  6. Gasar – Kita perlu sentiasa bersopan santun supaya tidak menjadi seorang yang gasar.
  7. Astaka - Astaka itu dihias indah dengan pelbagai jenis bunga yang berwarna-warni.
  8. Barang kelakuan – Barang kelakuan yang baik perlulah dicontohi, manakala yang buruk pula dijauhi.
  9. Canggung – Ali kelihatan agak canggung di sekolah baharunya.
  10. Demi – Hari demi hari, Siti semakin sihat setelah menerima rawatan doktor.
  11. Gerangan - Bilakah gerangan kakanda akan pulang?
  12. Hidup-hidupan – Hidup-hidupan di ladang Pak Abu telah dibaham serigala.

Comments

Popular posts from this blog

JAWAPAN : Latihan Pengukuhan - Rumusan (m/s 5)