JAWAPAN : Kertas Percubaan SPM 2018 Pulau Pinang (Kertas 2)
JAWAPAN 1 : RUMUSAN Petikan membincangkan kebaikan-kebaikan tarian sebagai medium perkembangan remaja di Malaysia. Antara manfaat tarian sebagai medium perkembangan remaja ialah tarian dapat membentuk sahsiah dan jati diri remaja. Remaja juga dapat menonjolkan bakat dan potensi diri mereka yang lahir secara semula jadi. Selain itu, tarian dapat menyatukan pelajar berbilang bangsa tanpa mengira kaum dan melahirkan individu yang berdisiplin tinggi. Di samping itu, tarian dapat melahirkan keupayaan remaja untuk menguasai sesuatu gerakan kreatif. Akhir sekali, remaja dapat mengetahui susur galur keturunan dan sejarah tarian tradisional di Malaysia. Antara cara-cara menggalakkan penyertaan tarian di sekolah ialah dengan menubuhkan kelab Tarian dan Kesenian. Guru muzik juga boleh mempromosikan aktiviti yang menarik dalam kelab tarian tersebut. Kesimpulannya, semua pihak haruslah bekerjasama untuk memartabatkan bidang tarian agar warisan kesenian akan terus dihargai. JAWAPAN 2(A)...