JAWAPAN : Kertas Percubaan SPM 2018 Pulau Pinang (Kertas 2)
JAWAPAN 1 : RUMUSAN
Petikan membincangkan
kebaikan-kebaikan tarian sebagai medium perkembangan remaja di Malaysia.
Antara manfaat tarian sebagai medium
perkembangan remaja ialah tarian dapat membentuk sahsiah dan jati diri remaja.
Remaja juga dapat menonjolkan bakat dan potensi diri mereka yang lahir secara
semula jadi. Selain itu, tarian dapat menyatukan pelajar berbilang bangsa tanpa
mengira kaum dan melahirkan individu yang berdisiplin tinggi. Di samping itu,
tarian dapat melahirkan keupayaan remaja untuk menguasai sesuatu gerakan
kreatif. Akhir sekali, remaja dapat mengetahui susur galur keturunan dan
sejarah tarian tradisional di Malaysia.
Antara cara-cara menggalakkan
penyertaan tarian di sekolah ialah dengan menubuhkan kelab Tarian dan Kesenian.
Guru muzik juga boleh mempromosikan aktiviti yang menarik dalam kelab tarian
tersebut.
Kesimpulannya, semua pihak haruslah
bekerjasama untuk memartabatkan bidang tarian agar warisan kesenian akan terus
dihargai.
JAWAPAN 2(A) : PETIKAN UMUM
i.
Rangkai
kata kemampuan individu bermaksud kebolehan seseorang.
ii.
Antara
peranan ibu bapa untuk menggalakkan penyertaan anak-anak dalam bidang tarian
yang dinyatakan oleh pengarang ialah ibu bapa perlu membantu anak-anak memilih
bidang tarian yang diminati dan mempunyai hala tuju. Selain itu, sokongan ibu
bapa penting dengan memberikan peluang kepada anak-anak untuk mengambil
bahagian dalam seni tari.
iii.
Antara
usaha-usaha yang boleh dilakukan oleh pihak kerajaan untuk meningkatkan
martabat bidang kesenian dan kebudayaan di Malaysia ialah membuka institut
latihan yang melatih penggiat seni dan budaya. Di samping itu, kerajaan boleh
mengadakan kempen kesenian yang berterusan serta menganjurkan pertandingan
kesenian dan kebudayaan.
JAWAPAN 2(B) : PETIKAN PROSA MODEN
i.
Keadaan
anak-anak muda di kota mewah itu ialah mereka tidak segan silu menjual bahasa
ibunda dan merosakkan agama. Mereka juga bergelak ketawa dalam loghat yang
direka-reka.
ii.
Pada
pendapat saya, antara langkah-langkah yang dapat diambil oleh ibu bapa untuk
membendung keruntuhan akhlak generasi muda di kawasan bandar ialah ibu bapa
perlu memberikan didikan agama dan moral kepada anak-anak. Selain itu, ibu bapa
harus mengawasi pergaulan anak-anak mereka.
iii.
Satu
persoalan yang terdapat dalam petikan ialah persoalan tentang pencemaran
bahasa. Contohnya, anak-anak muda lelaki perempuan berpelesiran dalam pergaulan
bebas sambil bercakap dalam bahasa yang entah apa-apa. Satu persoalan lain
daripada keseluruhan cerpen ialah kepentingan ilmu agama. Contohnya, bonda
hanya membenarkan Mel ke kota setelah benar-benar yakin dengan pegangan dan
ilmu agama.
JAWAPAN 2(C) : PETIKAN PROSA TRADISIONAL
i.
Maksud
rangkai kata penjurit besar ialah pejuang yang hebat.
ii.
Tindakan
yang dilakukan oleh Kertala Sari sebaik sahaja ia sampai ke Melaka ialah ia
menyamar dan berjalan keluar masuk kampung.
iii.
Sekiranya
saya Kertala Sari, antara cara yang dapat saya lakukan untuk menewaskan
Laksamana ialah dengan mengupah orang lain untuk membunuh Laksamana ataupun
dengan menggunakan racun.
JAWAPAN 2(D) : SAJAK
i.
Berdasarkan
sajak tersebut, antara cara-cara penyajak menzahirkan keinsafan atas dosa-dosa
yang lalu kepada Tuhannya ialah dengan diam dan mengenang dosa lalu. Selain
itu, penyajak juga memohon ampun kepada Tuhan.
ii.
Pada
pandangan saya, antara kesan-kesan jika seseorang manusia itu sedar bahawa
dunia ini bersifat sementara ialah dia akan berusaha mendekatkan dirinya dengan
Tuhan. Dia juga tidak akan melakukan perkara yang ditegah oleh Tuhan.
iii.
Antara
dua nilai murni yang terdapat dalam sajak ini ialah keinsafan. Buktinya,
penyajak mengalirkan air mata kerana menginsafi dosa-dosa lalu. Seterusnya,
ketaatan. Buktinya, penyajak berdoa supaya dia menjadi manusia yang taat
kepada-Nya.
JAWAPAN 3 : PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN BAHASA
a) (i) Lengan
– Lengan Akma luka kerana terkena serpihan kaca.
Lengang – Jalan raya di bandar
itu amat lengang pada hari raya.
(ii)
Timang - "Jangan timang budak itu tinggi-tinggi, nanti jatuh,"
pesan emak kepada kakak.
Timbang - "Tolong timbang buah itu,"
kata Ali kepada pekedai itu.
(iii)
Trafik - Polis trafik itu berusaha dengan sedaya upaya untuk mengawal
keadaan lalu lintas yang sesak.
Tragik - Peristiwa yang tragik itu
telah menyebabkan dia trauma untuk menaiki bas.
b) (i)
Pelajar tingkatan Lima Ceria diajar oleh Cikgu Hasnul mata pelajaran
Sejarah pada setiap hari Sabtu.
(ii) Pokok rambutan yang reput itu telah ditebang
oleh pekerja kontrak petang tadi.
(iii)
Motosikal pusaka kesayangan ayah kami baiki di Bengkel Mutiara.
c) (i) habiskan – menghabiskan
cucok – cucuk
(ii) menghadiahi – menghadiahkan
senaskah – senaskhah
(iii) engkar – ingkar
menggaul – bergaul
d) (i)
keharmonian – keindahan
para-para – para
(ii)
tua – usang
demi untuk – untuk
(iii) diwartakan – diarahkan
di – pada
e) (i)
Sudah terhantuk baru terngadah
(ii)
Air dicincang tidak akan putus
(iii) Pelanduk dua serupa
JAWAPAN 4 : NOVEL
a) Novel yang saya kaji ialah Leftenan Adnan
Wira Bangsa karya Abdul Latip Talib.
Antara keistimewaan watak utama sehingga menimbulkan perasaan kagum
dalam diri pembaca dalam novel ini, iaitu Leftenan Adnan, ialah beliau seorang
yang penyayang. Contohnya, Adnan membawa isteri dan anak-anaknya berpindah
mengikutnya ke Singapura. Namun begitu, beliau terpaksa menghantar isteri dan
anak-anaknya pulang ke kampung demi keselamatan mereka apabila terdengar
ura-ura Jepun ingin meyerang Tanah Melayu dan Singapura.
Selain itu, Leftenan Adnan seorang yang amanah dan bertanggungjawab.
Buktinya, dia bekerja keras bukan kerana pangkat tetapi baginya menjadi
kewajipan seorang anggota tentera menjalankan tanggungjawab dan amanah sebaik
mungkin.
b) Novel yang saya kaji ialah Leftenan Adnan
Wira Bangsa karya Abdul Latip Talib dan Tirani karya Beb Sabariah.
Salah satu latar tempat yang terdapat dalam novel Leftenan Adnan Wira
Bangsa ialah Bukit Candu, iaitu tempat Adnan diarahkan bertugas. Buktinya,
Adnan terkorban semasa mempertahankan Bukit Candu dan mayatnya disemadikan di
sana.
Latar tempat yang terdapat dalam novel Tirana karya Beb Sabariah pula
ialah Hospital Kuching. Buktinya, Waheeda menerima rawatan di situ akibat
kecederaan pada muka dan hidungnya yang digigit dan dicakar oleh monyet
Belanda.
Comments
Post a Comment